
Persahabatan yang baik perlu mempunyai sikap saling hormat-menghormati,nasihat menasihati serta perlu ada kepercayaan yang utuh antara satu sama lain.Seorang sahabat rela berkorban apa sahaja demi sahabatnya tidak mengira harta,wang,tenaga,masa dan segala-galanya .Seorang sahabat tidak akan sekali-kali meninggalkan kita di saat kita dilanda kesusahan.Kegembiraan,keperitan akan dikongsi bersama, bak kata pepatah ringan sama dijinjing,berat sama dipikul.Ini lah erti persahabatan.

Surat Al-Ĥujurāt (The Rooms) - سورة الحجرات
Sahih
International
O mankind,
indeed We have created you from male and female and made
you peoples and tribes that you may know one another. Indeed,
the most noble of you in the sight of Allah is the most
righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
Malay
Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Berdasarkan ayat ini amat jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa persahabatan merupakan sesuatu perkara yang amat dianjurkan oleh Allah s.w.t.Kita perlu memupuk nilai-nilai murni dalam menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira perbezaan bangsa mahupun agama.

sahabat perlulah dicari,dan pupuklah nilai-nilai yang membenihkan
ukhwah persahabatan agar ia berkekalan sehingga hujung nyawa.